Selasa, 2 Disember 2008

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Baru-baru ini editor dan Rahayudean telah menghadiri Majlis Persandingan anak saudara kami di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru, Kuala Lumpur. Turut dihadiri pada majlis berkenaan, beberapa tokoh politik tanah air........Rahayudean juga telah diminta oleh pihak DJ bertugas untuk menyampaikan lagu-lagu khas untuk mempelai pada hari tersebut..Tidak kurang juga melayan kerenah anak-anak saudaranya lebih meriah lagi apabila dean menyampaikan sebuah lagu khas untuk pihak mempelai........Enjoy sakan gak Rahayudean masa tu...bawak lagu Dato' Siti

Isnin, 10 November 2008

Catatan November 2008


Rahayudean turut diundang oleh pihak Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam beberapa rancangan yang telah diatur oleh pihak RTB...antaranya Rahayudean akan ditemubual oleh pihak penyampai radio di Radio Pelangi FM...dan beberapa acara lain lagi... Rahayudean akan ke Brunei pada 08 hb November ini dan akan kembali ke tanah air pada 11 hb November dengan menaiki pesawat Royal Brunei yang ditaja sendiri oleh pihak RTB... Rahayudean akan belepas ke Bandar Seri Begawan pada tarikh 8 hb November ini. Rahayudean juga akan turut memperomosikan album pertama beliau ketika berada di Brunei nanti......menaiki pesawat yang telah ditempah khas oleh pihak RTB yang dijangka berlepas pada jam 2.45 petang

Rabu, 22 Oktober 2008

Catatan Oktober 2008


Rahayudean telah menjadi artis undangan di Sabah dalam Konsert Rumah Terbuka Aidilfitri, Gemilang Mirza anjuran Muzik Fm dan Life Even Entertaiment Sdn Bhd pada 17, 18 dan 19 Oktober lalu di Bandar Papar, Kota Kinabalu, Sabah...Pihak Pengurusan Rayahudean terutama sekali Abg Julfekar telah menguruskan penginapan Rahayudean selama berada di Sabah.Penginapan pula telah ditaja oleh pihak Dinawan Island Resort, Kota Kinabalu.Antara artis-artis lain yang turut memeriahkan konsert tersebut adalah pengacara terkenal tanah air Aznil Hj Nawawi, Farawahida, Sheila Abdul, Mas Idayu, Izwan Pilus, Fazli Zainal, Fairuz(artis Brunei), Fakhrul(artis Brunei), Aizat dan ramai lagi.....

Selasa, 21 Oktober 2008

Catatan Ogos 2008


16 Ogos 2008 Rahayudean telah diundang ke Konsert Radio Klasik Nasional Zon Selatan di Felda Kg Waha, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim........antara artis lain yang hadir...Dato' DJ Dave, Rohana Jalil, Mr Os, Amelya AF dan ramai lagi......

Apa-apa jelah

Apa-apa jelah
Di Port Dickson/dalam Kereta

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Model

Perjalanan Laut

Perjalanan Laut
Bersama DJ Hezri Muzik FM

Pulau Dinawan

Pulau Dinawan
Konsert di Papar

Bersama Farawahida

Bersama Farawahida
Konsert di Papar

Photoshoot bersama rakan artis

Photoshoot bersama rakan artis
Majalah Manggga
Related Posts with Thumbnails